Wednesday, October 11, 2006

Musim sibuk

Musim hujung sesi persekolahan memang sibuk kepada semua guru. Tambahan pula dibulan ramadan ini, masa sentiasa didesak. Namun pengalaman guru-guru menangani kekalutan ini adalah sangat diharapkan. Musim peperiksaan memberi tekanan kepada semua. Bukan pelajar sahaja rasa tertekan , juga guru-guru. Hadapilah dengan profesional dan sentiasa memberi yang terbaik.

Sunday, October 08, 2006

Sambut Raya

Ramdan dah dipertengahan, bermakna raya dah semakin dekat. Buatlah persiapan sekadarnya sahaja. Kepada para pelajar STPM, raya kali ini patut-patut sahaja, fokus pada peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lepas 1 syawal nanti. Masa depan dan demi keluarga berusahalah dengan sigigih-gigihnya.
Ingat lagi cerita tentang pengembara di gurun yang terjumpa 'jin', berusahalah.

Tuesday, October 03, 2006

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan dengan harapan ramadan ini membawa pergertian tersendiri kepada anda semua