Wednesday, January 31, 2007

Kalau tidak kita, siapa?

Amanat pengetua di perhimpunan rasmi pagi isnin 29 januari 2007, mencerminkan hasrat beliau mahu menjadikan sekolah kita terbilang. Dan adalah tugas kita semua sebagai guru-guru merealisasikan dan menterjemahkan hasrat ini menjadi realiti. Guru-guru adalah penanggung amanah dan tugas ini. Para pelajar menjadi pelengkap dan menjadi terbilang bukan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Buktikan!!

Saturday, January 06, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2007

Selamat tahun baru 2007. Agak terleawt untuk mengucapkannya kepada semua guru BTV minggu awal sesi kekurangan masa untuk menulis di sini.

Pertamanya saya ingin mengucapakan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua guru-guru subjek Kemahiran Hidup yang berjaya mencatatkan sejarah apabila kesemua elektifnya mencapai kejayaan 100% lulus. Usaha gigih dan pergobanan semua guru amat saya sanjung tinggi.

Tahun 2007 membawa harapan baru, semoga tahun ini anda semua akan beroleh kesihatan yang cemerlang, lebih bersemangat dan terus gigih berusaha demi anak bangsa.