Saturday, May 17, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008

"Bangun, Assalamualaikum cikgu..." bergema suara ketua kelas mengarahkan semua pelajar memberi salam kepada setiap guru di setiap pagi mulai pukul 7.30 pagi. Bagi yang tidak lagi bersekolah, ungkapan tersebut sekadar memori yang telah terpahat di benak kepala. Sejak tadika sehinggalah menamatkan SPM, ucapan itu sentiasa dibibir, setiap hari persekolahan. "Terima Kasih Cikgu" bukan sekadar ucapan, sepatutnya datang dari hati yang ikhlas. Memori lampau itu, kini saya terima setiap hari.

Tahun bersilih ganti, namun sambutan hari guru tetap memberi makna yang mendalam . Kalau dulu saya memeriahkan sambutan, kini masanya pula disambut sebagai seorang guru. Aneka perangai dan ragam para pelajar menyambutnya. Dari persembahan hinggalah memberi hadiah kepada guru-guru yang mereka sanjung.

Mengenai hadiah sempena hari guru tahun ini, anak-anak meminta disediakan hadiah kepada semua guru mata pelajarannya. Tak jadi hal, tapi ada 4 orang yang masih bersekolah, berpinar jugak dibuatnya. Mane taknya, paling komen RM5 dan kalau dah berbelas-belas hadiah? Ikut jugak kemahuan anak. Untuk guru, saya pun guru jugak.

Kepada semua guru "SELAMAT HARI GURU"~"GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG"


No comments: